Tuesday, October 1, 2013

# Zaman Kanak-Kanak Siri 1


----------------------------------------------------------------------------------

alhamdulillah...
sepanjang aku hidup 24 tahun ni, rezeki aku tak pernah-pernah putus.. sejak aku dilahirkan, aku dikurniakan keluarga yang penyayang, walaupun ada beberapa konflik yang berlaku dalam keluarga, aku anggap itu satu cabaran dan satu batu loncatan yang aku perlu maju ke depan dan tidak pandang belakang.. pepun, baik ka, buruk ka, aku tetap bersyukur.. diberi peluang untuk masih bernafas juga adalah satu kesyukuran yang tidak berbelah bagi dari tuhan, dan aku ingin hidup seperti tiadanya hari esok...

pagi ni aku nak cerita pasal zaman kanak-kanak aku..

alhamdulillah, kita semua ada mak.. kerna tidak ada seorang di muka bumi ini yang lahir dari rahim seorang bapa.. iya kan, ... tidak kisah la siapa dia, as long as kita panggil dia emak, kita tetap perlu hargai dia .. aku tahu ramai juga di luar sana, sejak2 lahir tidak punya kesempatan untuk bermanja dengan mak atas sebab-sebab tertentu, tapi tahukah kita kepayahan untuk melahirkan seorang bayi adalah sangat siksa.. membawa muatan selama 9bulan, kemudian dengan kerenah si muatan yang berbagai ragam.. siapa muatan tu, of course muatan itu adalah diri kita... hehe.. muatan sungguh rupanya!

alhamdulillah, aku masih ada emak.. mak aku adalah wanita yang paling cantik yang pernah aku tengok dalam dunia ni... walaupun ditomah dan what so ever, dia tetap relaks dan tidak pernah sekalipun menunjukkan reaksi yang menampakkan dia dalam kesusahan.. hebat dari dulu sampai sekarang,!

 tapi aku masih ingat lagi, masa aku kecil-kecil, aku tidak rapat dengan mak aku.. kata mereka, aku lebih sukakan ayah aku.. sikit-sikit ayah.. nak tu ayah, nak ni ayah.. sampaikan kalau aku nak tidur dalam buaian, hanya ayah aku yang boleh tidurkan aku.. kalau orang yang buaikan aku tu bukan ayah aku, tetapi mak aku, aku tetap akan menangis dan tak boleh tidur.. hebat sungguh pulak aku rasa , sebab hanya dengan sentuhan, aku tahu siapa yang sedang jotkan aku dalam buaian.. ahaha.. lawak king betul aku ni.. !

dan kata mereka lagi, aku juga boleh tahu bila masanya ayah aku nak keluar naik motor, dan aku yang ketika itu hanya anak kecil yang suka berjalan dan bermain-main, akan cepat-cepat berlari mencari tudung untuk ikut ayah aku.. wahh, lagi hebat aku rasa, sebab kecik-kecik lagi, rupa-rupanya mak ayah aku da ajar aku berhijab.. dalam 3-4 tahun juga masa tu.. kecil bukan..terima kasih emak, terima kasih ayah.. <3

nak dipendekkan cerita, masa aku kecil, mak aku hantar aku pi sekolah,. ... along aku pi kelas mengaji, aku kena ikut... kalau tak ikut, aku takde kawan nak main..aku gan along beza umur 3 tahun,  bila along naik darjah 1, mulalah kisah hidup aku yang aku rasa ntah-ntah pape je aku ni masa kecil-kecil dulu,,.. along ke sekolah rendah, aku pula ke kemas.. kau tahu apa jadi, punyalah payah aku nak pi sekolah.. setiap kali aku pusing ja belakang dan tengok mak aku tak ade dalam kelas, aku akan menangis dan panjat pagar sebab nak balik rumah... rumah aku bukannya jauh... 2 minit jalan kaki da sampai.. tapi ntahla, maybe aku kecil lagi, so tak tahu erti hidup yang sebenarnya... cehwah, hihi..

last2, mak aku fed up dan bawa aku balik kampung sebab depan rumah atok aku ada sekolah tadika.. so, mak aku harap aku boleh jadi pelajar yang baik sebab mak aku boleh jenguk-jenguk aku kalau aku meragam.. tapi tetap tak berhasil uollssss.. at the end, mak aku terpaksa jadi cikgu tadika kat sekolah tu.. haha.. bila aku jadi anak cikgu, aku la otai, bole panjat sesuka hati, nak buat kerja sekolah ke, tak nak buat ke, suka hati aku... time orang perhimpunan, aku duduk dalam kelas main-main dan siap baring-baring atas meja... dasyat betul perangai aku masa aku umur 5 6 tahun tu kan..

ha, itu lah kisah aku masa aku kanak-kanak.. banyak sebenarnya ragam aku yang masih terpasak kat otak aku ni.. ragam-ragam aku ni lah  yang menyebabkan terhasilnya aku pada hari ni..  hehe. (dah kenapa)

oke, nanti aku sambung cerita aku lagi ye..

Thank you for reading this entry.


nota kaki : "Hiduplah seakan engkau akan mati besok. Belajarlah seakan engkau akan hidup selamanya" - Mahatma Gandhi

Monday, September 30, 2013

ZAMAN SEKOLAH MENENGAH


Assalamulaikum..

Ramai orang setelah tamat belajar bercita-cita untuk punya jawatan yang tinggi.. nak nak yang hok degree.. majoriti nak keje yang best2 termasukla aku ni ha.. 2 tahun lalu, alhamdulillah aku berjaya tamatkan universiti dalam bidang kimia, bukan kimia biasa-biasa, tapi kimia analisis dan persekitaran tu beb, kau hado.. bahaha.. actually, aku ni cuma minat subjek kimia, x penah sekali pun bercita-cita untuk berkerja sebagai seorang chemist atau dalam bahasa mudah pembantu makmal yang hanya duduk dalam lab dan buat kajian.. bosannn kott...... sebab mengadap benda alah yang aku sendiri tak tahu jadi ke tak  eksperimen aku tu.. hihi..

TAPIIIIIII KANNNNNN,
masa zaman sekolah, aku minat giler subjek Math.. kalau naik stage untuk ambil sijil kecemerlangan, memang muka aku ja tapi hanya untuk subjek math.. subjek lain ke laut.. bila naik form 4, kau tahu apa jadi.. aku jadi taksub pula dengan subjek matematik tambahan yang majoriti banyak pelajar tak suka subjek ni..
aku pun tak minat juga sebab ramai senior2 aku kata susah dan tak boleh nak bawak.. 

Tapi beruntunglah aku punya abang yang bijak lagi cerdik, aku pun belajar dengan dia.. tapi, aku yang lembap dan susah betul nak paham, telah buat abang aku fed up dan marah aku... aku pon sedih, ciap nangis aku ni kau tahu sebab tak paham.... last2, aku ajak mak bapak aku pergi kedai buku.. memang banyak giler buku latihan aku beli.. sebab nak jadi pelajar cemerlang, katanya..

balik rumah, aku study sorang2,.. tak cukup dengan tu, aku mintak mak hantar aku pi tuisyen subjek add maths dan kimia.. kat situ la, baru aku paham add maths tu apa.. mana taknya, pi sekolah bergosip, balik sekolah tengok citer rosalinda dan korea F4  yang tengah hot masa tu.. study aku cuma hujung minggu dengan cikgu tuisyen..

then, bila pi sekolah, aku rasa macam aku pandai giler add maths sebab cikgu tuisyen ajar laju cikit, .. dan yang bestnya, aku pun kadang2 menjadi rujukan kawan2 cina.. wahh, bangga gitu waktu tu kau.. dan kadang2 ada juga kawan2 yang selamba badak nampak je muka aku da sampai sekolah, terus tanya buku latihan aku sebab nak copy jawapan keje sekolah cikgu  bagi.. katanya, kalau tengok buku latihan aku, dia bole paham.. wahh, senang idup aku x payah ajar.. hehe,,

nak pendekkan cerita, aku pun makin bersemangat ciapkan setiap latihan keje sekolah sebab banyak kawan2 rujuk aku.. yang jenis pandai, dia copy ja, x paham baru tanya macam mana aku buat, ...yang jenis tak paham pula, nak aku duduk depan mata dia, ajar dia satu-satu..

proses ni berlanjutan sehingga aku tamat SPM.. dan alhamdulillah, setelah result keluar, aku mendapat tempat untuk melanjutkan pelajaran.. best giler kot masa tu bila dapat surat tawaran ke matrikulasi.. yah, matrik lah platform di mana cintakan subjek kimia tu muncul.. bukan math ... aku rasa sebab cikgu yang ajar kimia masa tu comel.. hahaha.. adakah alasan ini diterima?? oke, nanti aku sambung zaman matrikulasi pula ye..opps,, bukan sebab comel sebenarnya, tapi ada satu ayat yang cikgu kimia tu pesan yang sampai sekarang aku ingat...nanti aku share k..

pendek cerita, apabila diberi peluang untuk belajar, belajar la.. amek kesempatan semaksimum mugkin ok!! xsemua orang dapat belajar...

"Hiduplah seakan engkau akan mati besok. Belajarlah seakan engkau akan hidup selamanya" - Mahatma Gandhi

Tata, thank you for reading this entry!  tanx Allah..



Wednesday, July 31, 2013

Assalamualaikum...

hye geng...  pagi ini hujan renyai2.. sedap untuk tidur..