Assalamulaikum..
Ramai orang setelah tamat belajar bercita-cita untuk punya jawatan yang tinggi.. nak nak yang hok degree.. majoriti nak keje yang best2 termasukla aku ni ha.. 2 tahun lalu, alhamdulillah aku berjaya tamatkan universiti dalam bidang kimia, bukan kimia biasa-biasa, tapi kimia analisis dan persekitaran tu beb, kau hado.. bahaha.. actually, aku ni cuma minat subjek kimia, x penah sekali pun bercita-cita untuk berkerja sebagai seorang chemist atau dalam bahasa mudah pembantu makmal yang hanya duduk dalam lab dan buat kajian.. bosannn kott...... sebab mengadap benda alah yang aku sendiri tak tahu jadi ke tak eksperimen aku tu.. hihi..
TAPIIIIIII KANNNNNN,
masa zaman sekolah, aku minat giler subjek Math.. kalau naik stage untuk ambil sijil kecemerlangan, memang muka aku ja tapi hanya untuk subjek math.. subjek lain ke laut.. bila naik form 4, kau tahu apa jadi.. aku jadi taksub pula dengan subjek matematik tambahan yang majoriti banyak pelajar tak suka subjek ni..
aku pun tak minat juga sebab ramai senior2 aku kata susah dan tak boleh nak bawak..
Tapi beruntunglah aku punya abang yang bijak lagi cerdik, aku pun belajar dengan dia.. tapi, aku yang lembap dan susah betul nak paham, telah buat abang aku fed up dan marah aku... aku pon sedih, ciap nangis aku ni kau tahu sebab tak paham.... last2, aku ajak mak bapak aku pergi kedai buku.. memang banyak giler buku latihan aku beli.. sebab nak jadi pelajar cemerlang, katanya..
balik rumah, aku study sorang2,.. tak cukup dengan tu, aku mintak mak hantar aku pi tuisyen subjek add maths dan kimia.. kat situ la, baru aku paham add maths tu apa.. mana taknya, pi sekolah bergosip, balik sekolah tengok citer rosalinda dan korea F4 yang tengah hot masa tu.. study aku cuma hujung minggu dengan cikgu tuisyen..
then, bila pi sekolah, aku rasa macam aku pandai giler add maths sebab cikgu tuisyen ajar laju cikit, .. dan yang bestnya, aku pun kadang2 menjadi rujukan kawan2 cina.. wahh, bangga gitu waktu tu kau.. dan kadang2 ada juga kawan2 yang selamba badak nampak je muka aku da sampai sekolah, terus tanya buku latihan aku sebab nak copy jawapan keje sekolah cikgu bagi.. katanya, kalau tengok buku latihan aku, dia bole paham.. wahh, senang idup aku x payah ajar.. hehe,,
nak pendekkan cerita, aku pun makin bersemangat ciapkan setiap latihan keje sekolah sebab banyak kawan2 rujuk aku.. yang jenis pandai, dia copy ja, x paham baru tanya macam mana aku buat, ...yang jenis tak paham pula, nak aku duduk depan mata dia, ajar dia satu-satu..
proses ni berlanjutan sehingga aku tamat SPM.. dan alhamdulillah, setelah result keluar, aku mendapat tempat untuk melanjutkan pelajaran.. best giler kot masa tu bila dapat surat tawaran ke matrikulasi.. yah, matrik lah platform di mana cintakan subjek kimia tu muncul.. bukan math ... aku rasa sebab cikgu yang ajar kimia masa tu comel.. hahaha.. adakah alasan ini diterima?? oke, nanti aku sambung zaman matrikulasi pula ye..opps,, bukan sebab comel sebenarnya, tapi ada satu ayat yang cikgu kimia tu pesan yang sampai sekarang aku ingat...nanti aku share k..
pendek cerita, apabila diberi peluang untuk belajar, belajar la.. amek kesempatan semaksimum mugkin ok!! xsemua orang dapat belajar...
"Hiduplah seakan engkau akan mati besok. Belajarlah seakan engkau akan hidup selamanya" - Mahatma Gandhi
Tata, thank you for reading this entry! tanx Allah..
pendek cerita, apabila diberi peluang untuk belajar, belajar la.. amek kesempatan semaksimum mugkin ok!! xsemua orang dapat belajar...
"Hiduplah seakan engkau akan mati besok. Belajarlah seakan engkau akan hidup selamanya" - Mahatma Gandhi
Tata, thank you for reading this entry! tanx Allah..
No comments:
Post a Comment